Vaksin COVID-19: Lebih 34 peratus kanak-kanak di Malaysia terima suntikan

Vaksin COVID-19: Lebih 34 peratus kanak-kanak di Malaysia terima suntikan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,239,194 individu atau 34.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,842,480 individu atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,941,159 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan seramai 22,941,756 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,217,449 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Add a Comment

Your email address will not be published.